Buta Sah Kebutaan

Pada tahun 1934, Persatuan Perubatan Amerika menerima pakai istilah buta seperti yang berikut:

"Ketajaman pandangan pusat pada 20/200 atau kurang pada mata terbaik dengan kanta pembetulan atau ketajaman pandangan pusat lebih dari 20/200 sekiranya terdapat kecacatan medan penglihatan di mana pandangan sisi kucup pada tahap di mana keratan rentas terlebar dari mana luas medan penglihatan tidak melebihi 20 darjah pada mata terbaik."[3]

Kongres Amerika Syarikat memasukkan takrifan ini sebagai sebahagian dari program Bantuan kepada orang buta dalam Akta Keselamatan Sosial yang diluluskan pada 1935[3][4]. Pada tahun 1972, program Bantuan kepada orang buta dan dua yang lain di gabung di bawah judul XVI bagi Akta Keselamatan Sosial untuk membentuk program Tambahan Keselamatan Pendapatan yang kini menyatakan:

"Seseorang dianggap buta bagi tujuan pengesahan menurut undang-undang sekiranya ia mempunyai ketajaman penglihatan pusat 20/200 20/200 atau kurang pada mata terbaik dengan kanta pembetulan. Mata yang diiringi dengan kecacatan pada medan penglihatan sehinggakan ukurlilit terluas bagi sudut penglihatan melebar pada sudut tidak melebihi 20 darjah akah dianggap bagi matlamat ayat pertama subseksyen ini sebagai mempunyai ketajaman penglihatan pusat 20/200 atau kurang. Seseorang itu juga dianggap buta bagi takrifan ini sebagaimana ditakrifkan dibawah rancangan Negeri yang diluluskan di bawah tajuk X atau XVI bermula dari Oktober 1972 dan menerima bantuan di bawah rancangan sedemikian (berasaskan kebutaan) bagi Disember 1973, selagi dia ditakrifkan sebagai buta." [5]

Kuwait merupakan salah satu negara yang berkongsi kriteria bagi buta sah disisi undang-undang.[6].

Epidemiologi

Pada tahun 1987, dianggarkan sekitar 598,000 orang di Amerika Syarikat memenuhi definasi sah kebutaan[7]. Daripada jumlah ini, 58% berusia melebihi usia 65 tahun[7]. Pada 1994-1995, 1.3 juta penduduk Amerika melaporkan sah buta[8].

Pada November 2004 rencana Magnitude and causes of visual impairment, terbitan WHO menganggarkan bahawa pada 2002 terdapat 161 juta (sekitar 2.6% penduduk dunia) orang yang mengalami kecacatan penglihatan di dunia, dari mana 124 juta (sekitar 2%) mempunyai penglihatan terhad dan 37 juta (sekitar 0.6%) adalah buta. [9]